Monday, April 26, 2010

Parti Keadilan Rakyat tewas d Hulu Selangor

PRK Parlimen Hulu Selangor menyaksikan kemenangan Barisan Nasional dengan majoriti 1700 camtuh aah,xde mood nk buka paper,tap kekalahan yang saya rasa sudah dapat ramai pengerak jangkakan kerana saya nampak usaha jentera pilihanraya bagaikan hanya ditahap 40 to 60 %..dalam pembacaan blog2 yang menganalilis apa sebenarnya yang jentera lakukan kebanyakkanya mengeluarkan nada yang agak bimbang dan itu belum lagi termasuk isu2 yang puak2 UMNO mainkan.Isu peribadi calon yang agak tidak bersih dan bantuan2 mee segera yang berpusus masuk diberikan kepada rakyat di hulu2 Selangor.Mentaliti rakyat begini masih sukar untuk diubah dek kerana merasakan terhutang budi kpd kerajaan tanpa memikirkan bahawa itu semua hanya taktik lama yang diguna semula bagi meraih undi tap kesan untuk jangka panjang adalah duit rakyat digunakan sewenag-wenagnya bagi memenuhi agenda buruk mereka.

Saya masih kurang faham mengapa masih menerima BN..adakah mereka betul2 ikhlas menolong rakyat?kalau ia benar ahli2 BN sepatutnya lebih secara radikal menetang gejala2 buruk yang dilakukan oleh pemimpin2 BN.Kekalahan ini seharusnya menjadi satu titik tolak kepada jentera Pakatan Rakyat kenapa kita kalah sambil tidak menolak memang semua ini adalah takdir dari Allah dan Allah hanya melambatkan kemenangan kita.tap usaha untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadapa pemipin-pemimpin pakatan rakyat haruslah diteruskan.Bagi yang bejuang di dalam PAS bagaimana caranya untuk kita bekerjasama dengan PKR dan DAP sambil usaha menegakakn syariat Islam itu tidak dikotori dengan mana-mana perkara yang boleh menyebabkan Islam dipandang rendah.Sesungguhnya sunnah orangberjuang menengakan Islam itu banyak bezanya dengan berjuang tanpa matlamat ataupun hanya berjuang tanpa berlandaskan Allah dan Rasul dan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup.

Akhir kata dari saya,bangkitlah wahai semua pejuang agama  Allah kerana usaha kita menegakakan agama Allah bukanlah hanya terhad pada keluarga,rakan2 tetapi kita ia haruslah meliputi negara kita dan juga berniat untuk menolong sahabat2 kita yang dizalimi di Palestien ,Iraq dan sebagainya.Sesungguhnya perjuangan menegakakn kalimah Lailahaillallah bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main2 tetapi niat dan perlaku hendaklah serius dalam melaksanakanya.Bersabarlah mengahdapi ujian Allah dan bertahanlah dengan provokasi2 lawan yang datang tanpa kita menyangka bertapa tergamaknya mereka.Berdoa dan kembalilah kepada Allah dalam mencari penyelesaian kerana Allah lebih mengerti segala-galanya.tetapkanlah hati dengan laungan....TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR

No comments: