Saturday, June 4, 2011

Mengejar pahala

Assalamualikum kepada seemua pembaca blog saya yang setia mahupun kurang setia.Alhamdullilah dengan kekuatan yang dipinjamkan Allah kepada saya,masih berakal lagi untuk saya menulis serba sedikit pada blog yang agak2 mahu menimbulkan rasa terbersin (sbb berhabuk).

Dalam meneliti kisah2 hidup sahabat,kawan satu ofis saya dan juga keluarga saya sendiri ternyata kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah dan kita harus berjuang untuk hidup.Perjuangan untuk hidup adalah salah satu cara mengejar pahala dan kerana takutkan dengan kenyataan tidak akan diakui Umat Nabi Muhammad jika membunuh diri.Sebagai orang Islam seharusnya perbuatan membunuh diri atau mencampakkan diri ke kebinasaan hendakalah dielakkan.Saya rasa masing2 pun xkanlah sanggup nk menggantung diri,tap kalau disentuh bab merokok ni mungkin ada yang x tau atau buat2 tak tau yang ia sebenarnya difatwakan HARAM oleh majlis Fatwa Selangor,so...de brader kat ofiz saya cakap kat Perak tak haramlah,urmmm...kang kalau cepuk terbatal air sembahyang pulak -_-.Menghadapi sekumpulan yang merokok ditempat kerja,menyebabkan saya berfikir mungkin mereka kurang faham ataupun mmg menjadi kelaziman orang yang penat bekerja lagi2 dikwasan ladang untuk menyedut rokok bagi menghilangkan letih.Saya yang berada ditengah2 perokok rasa nak cakap apa tak tahulah.Mereka lelaki yang kebanyakkan tua dari saya berpengalaman kerja dan sebaginya.Speecshess dibuatnya..hanya mampu melihat kepulan asap2 rokok dengan muka yang bengis.

Kaitan?ntoh leee..teman nak kongsi lain sbenornye.Aceli masa saya duduk2x menunggu kerja diladang seorang pegawai ada bagitau,"Sarah,kita ni kalau hidup kene selalu kejar pahala"..saya senyum dan bertanya "nak kejar macamne'?  paling sweet dia ada bagi contoh "kalau dah  bersuami,sebelum suami suruh urut badan die,kita kena terus urut tanpa diminta sebabnya kalau dibuat selepas disuruh pahalanya kurang sebelum disuruh'..sangat menarik,x terpikio pulak :-)..itu satu contoh je,saje je meletakkan contoh mcmtu sebagai contoh utama sebabnya kes penceraian di Malaysia terlalu tinggi (bajet je alasan ni).Ada satu kisah,masa saya dan denni asra seorang sahabat saya tengah duduk2 then dia ada ckp sambil tunjukkan cebisan kertas kat saya,"ni kalau buang merata2 sampah walaupun secebis ni,sampah ini mungkin akan meluaskan jalan kita ke neraka"..dan jika kita kutip secebis sampah macamni,x mustahil kerana ia juga akan membawa kita kesyurga"...tiba2 teringat senatron Indonesia :-)

gambar hiasan
Kejarlah pahala selagi kita masih hidup didunia.Buatlah perkara yang kita rasakan baik yang disuruh Allah.Jangalah bersedih dan anggaplah kesabaran menaggung sedih itu adalah pahala buat bekalan kita di akhirat seungguhnya":Allah bersama orang-orang yang sabar"...

2 comments:

Anonymous said...

kalo perokok kat tmpat kerja payah ler nak tegur..letak dna khinzir dlm rokok baru stop ak rasa...

Siti SArah Ahmad Rusli said...

satu keje pulak nak cari recombinant DNA pig...rasa2nye mcm nak pakai mask depan dorang,patutlah semput aku x reda2x brgorombolan dgn org merokok..hadoooii :-(