Wednesday, June 15, 2011

Oh no!!masihkah ada seperti mereka

Assalamualaikum..

Sebelum mengupas tajuk dengan lebih mendalam,izinkan saya membuka cerita.

Kisah 1:
Pada satu petang yang nyaman,saya,ayah saya dan sakinah (kwn LI) naiklah kereta sbb nak balik dr tempat kerja.Tepat kol 5 puchcard then blah tapi seperti biasa,ayah saya ni sebelum balik rumah mesti nak menyinggah mana2 untuk beli makanan,merasa makanan dan apa sahaja berkaitan dengan MAKAN.Maka sebagai anak yang taat saya pun ikut je lah "merasa" makanan yang dipesan ayah.Dalam perjalanan nak ke gerai makan kat pasar rabu bhgian parit 20 or 21 tu,saya ternampak seorang nenek tua mungkin lingkungan 80-90 mcm tu jalan tepi jalan n kadang2 ketengah2 jalan.Risau kang keadaan nenek itu,saya pun cakaplah "ayah,adik p tgk nenek tu jap..ayah order dulu k"..so,saya n sakinah pun ke arah nenek tu n dialog pun bermula

Saya:nenek,nak lintas jalan ke?
Nenek:Nenek nak pegi parit 23
Saya:Nak saya tahankan bus
Nenek:x nak naik bus
saya:kite tunggu anak nenek sama-sama k
nenek:nenek takde anak,ko ada anak??
saya:saya kawen pun belum nek
nenek tu senyum2,lantas pegang tangan saya..

apa yang harus saya lakukan??

Nenek:teman nenek p parit 23,tolong pegangkan nenek ye,kaki nenek lenguh
 saya pandang kinah,kinah pandang saya
maka,saya memegang bahu nenek tu dan kami berjalan beriringan,dan tiba2 nenek tu cakap ..temankan nenek sampai hujung tu ye
mak aiih,jauh benau..
saya:nenek jom lah naik kereta dengan saya.Tunggu jap ye,kiteorang p beli barang kejap
nenek:nenek x boleh naik kereta nanti susah nak bangun,kamu ada motor?
saya:xde nek,kereta je

selepas beberapa kali mempelawa nenek tu still juga menolak nak naik kereta..kami pun tinggalkanlah nenek tu seperti asal tad

Kembali berjumpa dengan ayah saya, then saya ceritakanlah hal tad kat ayah..kesian pun ada..tap entah mcmne nak tolong

masa nak balik tu,terjumpa nenek tu tepi jalan..jauh benar die jalan..mungkin ada sebab mengapa die begitu menolak untuk menumpang kereta kami....berakhirlah pertemuan dengan nenek itu tad

Kisah 2:

Saya dan ayah saya lagi sekali berjalan2 p pasar minggu di satu kawasan kampung di Hilir Perak. Nak cari benda2 yang best untuk dibawa ke C.H nanti.Dah penat2 meronda,seperti biasa ayah saya akan menyingah ke gerai makan.Tanpa banyak soal saya pun on jak lah.Tiba di satu gerai,keadaan gerai agak dhaif...pekerjanya terdiri dari anak2 nya ada dalam 5 buah meja dan atapnya dr kanvas dan ada satu katu dipacak ditengah2.Nampak muka ayah saya agak keberatan,tap disebabkan dah termasuk dalam ruangan kedai tu n makcik kedai tu pun dah jemput duduk ayah saya dengan tak sampai hatinya akurkan juga.saya order laksa n teh tarik n ayah order kopi o n mee rebus.Dalam 10 minit mcmtu saya nampak satu mangkuk palstik yang agak lusuh,keliling pingganya ada warna2 hitam.Masa tu saya dah tak sedap tekak.Ayah pandang saya,saya pandang ayah...slow2x ayah menyuapkan mee rebus cair kedalam mulutnya begitu juga saya laksa yang tawar bedeneh.Masa tu kalau boleh rasa nak bayar n blah je dari kedai tu.Tapi memeikirkan  peniaga tu akan kecik hati pulak.Ayah tengok saya seolah2 memahami apa yang bermain di fikiran saya.Keterpaksaan membuahkan hasil,atas didikan tarbiyyah kami berjaya menghabiskan laksa dan mee rebus itu.

Mengapa kisah ini yang beria-ia saya nak tuliskan disini??saya dah tak tahan dengan kehidupan masyarakat kampung yang amat kasihankan.Sebelum ini,saya tidak pernah menetap di kawasan kampung paling2 pun kat kajang,Bangi  dan KK Sabah..percaya atau tidak,rakyat Malaysia masih ada yang berhempas pulas nak mencari sesuap nasi.Ok fine,sape yang cakap kita ni rakyat subsidi tak habis2..kalau betul kita rakyat subsidi mengapa masih ada rakyat Malaysia yang miskin papa kedana???woi!!korang tau x yang Malaysia sebuah negara yang agak kaya.Mengapa tidak dibisingkan menteri2 dan bekas2 menteri yang renovate rumah pun sampai 6 juta,keuntungan Petronas yang berbillion2 tu kenapa x disalurkan kepada rakyat ,miskin papa kedana yang saya jumpa merata2 dikawsan luar bandar mamcamni.Ni belum lagi saya cerita kawasan pendalaman Sabah yang saya pernah tinggal di pulau  dimana yang takde eletrik dan air selama seminggu.Bayangkanlah tadah air hujan buat2 tambah air bersih,kalo xde hujan naik bot 45 minit p Pekan Semporna beli air dalam gelen.Kalau buat alasan yang rakyat kita miskin ni pemaleih (pemalas),korang rasa nenek tu pemalas ke,makcik yang berniaga tu pemelas ke??sampaikan nak buat gerai bagi elok pun xde modal..Adoooiiii!!!dah aahh..saya x  nak cakap banyak,pakat2lah kita turun Perhimpunan BERSIH 2.0 9 JULY 20011 ni untuk menyatakan kebencian kita pada rasuah,kronisme,rosmanisme dan macam2 nisme lagi bagi mendapatkan pilihan raya yang telus lagi adil dan rakyat tolonglah cukup2lah diperbodohkan dengan akhbar2 dan media2 kroni dorang.BERUBAH lah kerana masa depan nenek dan peniaga tadi boleh kita ubah dengan sedikit bantuan untuk mereka memulakan hidup yang baru.Lastly diharap pembaca doa
macamni ye "Ya Allah,mudahkanlah Siti Sarah Ahmad Rusli ikut serta dalam perhimpunan ini":-)

Sediakan payung sebelum hujan

6 comments:

Anonymous said...

tumbs upp sara for the comentar..ni baru la blog pun bole..bestnye kehidupan di perak..insyaAllah doa banyak2 emak dan ayah bagi pergi..tak sabar nye..

unggu said...

uishh tanang ba, mengencang jgk kau jo hehe

"Ya Allah,mudahkanlah Siti Sarah Ahmad Rusli ikut serta dalam perhimpunan ini":-)

(ada jgk kwn aku blari nnt kehkeh)

Siti SArah Ahmad Rusli said...

siapa ni???nyway jemput datang ye..sebarang kritikan or apa sahaja mngenai penulisan saya amat2lah dialu-alukan :-)

Siti SArah Ahmad Rusli said...

k.jema..ngencang lah bah,panas sudah aku ni sama Be end,enda lah palek mau diparcaya sama durang,kilik

mamaEmeLDA said...

dok pehe la sarah u kecek sabah.. i nak jumpe sgt u kat bersih nnt. kita lari sama2 k. rasa cm xpnh g demo sama2 ngan kamu.. ehek..

adeq said...

Ameen moga urusan akak dimudahkan..teringin nak p jgak..huhu.