Apabila berfikir sejenak,kadang-kadang apa yang kita rancangkan tidak menjadi.Tidak kiralah apa rancangan sekalipun,mungkin rancangan ingin mengikuti program,rancangan jahat melawan orang yang lebih jahat,rancang perkhawinan,perancangan merahsiakan perkara dan pelbagai lagi.Sebagai seorang anak kepada ibu ayah,pelajar dalam jurusan Oleokimia,seorang yang mengaku sebagai penggerak agama Allah dan pelbagai lagi tanggungjawab yang disandarkan ke bahu ini,adalah menjadi kebiasaan yang meyakitkan apabila sesuatu perancangan itu tidak menjadi.Adalah lebih malang jika perancangan itu melibatkan orang lain.Pedih bukan??Memang pedih,tap apakan daya ayat biasa yang sering kita dengar...kita hanya mampu merancang Allah jualah yang menentukan.Nak tak nak Allah telah memberikan manusia itu pelbagai perkara yang tiada pada benda lain seperti perasaan,emosi,hati,akal dan sebagainya.Kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan bukan namanya manusia jika semuanya sempurna bak kata orang kampung saya
~Wrong is life,no wrong,no life~.Tapi jangalah pula membuat kesilapan tanpa mengambil hikmah dari apa yang menimpa,pendek kata janganlah buat masalah berkali-kali..ok?
Apa yang saya cuba sampaikan disni adalah saya ingin bercerita sedikit mengenai cuti yang baru sahaja saya alami baru2 ini.Sebelum cuti sahabat saya kehilangan barang berharga ,saya rasa sedih teramat sehinggakan mahu betul2 mencari siapa pencuri itu then..belasah,tap menurut yang kena curi berkata,xpa....so,sy amat mengagumi sikap mengambil hikmah yang ditunjukan beliau.Sangat dapat menerima dan redha dengan ketentuan Allah ini.Semoga Allah membalas sesuatu yang lebih besar dengan sifat redha hamba Allah ni.Kedua nya makjang saya mengalami kemalangan yang agak dahsyat sehingga kan hampir terputus tendon yang menghubungkan kaki dan betis beliau,cara kemalangan itu amat simple kaki tersepit antara perahu dan jeti yang beliau naiki,kemudian zasssss.... kulit terbuka,darah mencurah-curah ternampak urat warna putih tu (kalau sapa yang biasa tengok kaki lembu ada bendealah ni).kejadian ini berlaku ketika beliau di Kemboja untuk makan angin.Alhamdulillah lepas dijahit dan doktor menyuruhh beliau berehat dan Insyallah akan kembali pulih.Perkara-perkara yang tidak diduga berlaku banyak dalam hidup kita,yang penting adalah cara kita bersabar dan mengatasi perkara-perkara itu.Dugaan banyak jenisnya,dugaan harta benda,dimarah,penyakit dan sebagainya.
Saya mencadangkan bersabarlah dalam kita menerima dugaan walaupun saya ni bukanlah jenis penyabar orangnya,tap x penyabar pun tak susah untuk kita menjadi jenis yang menerima.Nak menangis nak marah,nak merajuk ke apa..buatlah sebab kita semua manusia,tap janganlah buat ia lama kerana nabi Muhammad itu suka kepada orang yang sekejap marahnya dan cepat sejuknya.Cool ok.Jika rasa penulisan saya banyak yang melalut 1 2 bulan ni,awal2 saya minta maaf kerana tidak sempat memerhatikan dunia tatkala sibuk dengan urusan dunia yang menuju akhirat..perggghhh ukhwah fillah menuju jannah (^ _ ^)...Akhir kata dari saya,Hadapi hidup dengan senyuman (lagu DEWA 19)
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
2 comments:
salam...kalo barang yang diberi pinjam tp org hilangkan lagi la marah kan...kan..apa2 pon..syukran atas post kali ni
wassalam..eh eh..x marahlah,lg2 kalo yg hilangkan tu akk sendiri (tangan pd bahu mata pandang ke atas) hehehehe
Post a Comment